AKTOR Fabian Loo yang bakal muncul dengan filem terbaharu, Peluru Senja mendedahkan peluang membintangi karya tentang perang dunia kedua itu meninggalkan impak tersendiri.
Ujar Fabian, 36, antara pengalaman paling sukar dilupakan berlaku ketika menjalani penggambaran di Bali, Indonesia adalah babak serang hendap di kawasan hutan.
"Jika diingat balik saya sendiri tidak sangka kami sanggup lakukan. Realiti ketika tinjauan lokasi (recce) dan hari penggambaran sangat berbeza.

Fabian terasa seperti mimpi ngeri melakonkan babak yang menuntut ketahanan fizikal.







