PELAKON Ezzanie Jasny hilang sabar apabila muncul satu lagi akaun palsu yang menyamar sebagai dirinya di media sosial dan bertindak keterlaluan menyebarkan fitnah berkaitan berita kematian ahi keluarganya.
Kata Ezzanie atau Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, selama ini dia cuba menahan sabar namun tindakan individu berkenaan disifatkan sudah melampaui batas apabila melibatkan ibu bapanya.
“Saya tengah tahan nak marah ni. Apa yang dia dengki sangat dengan saya? Setahu saya, tak ada kacau kehidupan siapa pun.

Ezzanie meluahkan rasa kecewa di media sosial.






