PELAKON Erra Fazira meluahkan rasa terharu atas kesungguhan suami tercinta, Ezwan Zain yang bersusah payah merealisasikan majlis resepsi penuh indah di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada malam Sabtu.
Menghargai setiap usaha dan pengorbanan yang dilakukan, Erra dalam ucapannya memuji kesungguhan Ezwan selain berjanji untuk menjadi isteri terbaik.
“Saya puji suami saya Ezwan Zain kerana melakukan segala-galanya.Saya berasa bertuah di atas penat lelah, pengorbanannya yang tidak tidur malam semata-mata untuk majlis pada malam ini. Malah sehingga melangkah ke dalam dewan, dia masih lagi bimbangkan semua orang dan mahukan semua tetamu gembira.







