PERKENALAN singkat selama setahun tidak menghalang penyanyi Ewal untuk bernikah dengan pilihan hatinya yang hanya mahu dikenali sebagai Nelly pada 26 April lalu.
Ewal atau Ikhwan Hafiz Ismail, 32, berkata, dia melihat Nelly mampu menjadi seorang isteri yang baik, selain hubungan mereka itu mendapat restu keluarga.
“Apa yang membuatkan saya ingin bernikah dengan Nelly adalah saya lihat ciri-ciri isteri itu ada padanya.
Ewal (kiri) dan isteri selamat bernikah pada 26 April lalu.