PELAKON Esma Daniel berkongsi detik cemas apabila dia diserang penyakit angin ahmar selepas melakukan rutin larian pada 10 November lalu.
Esma atau Esma Daniel Md Isa, 54, berkata, dia mengesan kelainan pada dirinya selepas tubuh sebelah kirinya menjadi lemah selain wajahnya menjadi senget.
“Pada 10 November lalu sebaik habis larian rutin, selepas makan malam bersama isteri secara tiba-tiba saya rasa tangan kiri tidak dapat mengangkat gelas minuman dan isteri turut mendapati wajah saya agak herot.