PELAKON Erysha Emyra mengakui jiwanya berasa sangat kosong selepas berdepan detik paling hitam dalam hidup apabila kehilangan bapa tersayang iaitu Datuk Zakaria Abdul Rahman pada 29 Mei lalu.
Erysha, 27, berkata, meskipun masih berduka, dia terpaksa menguatkan semangat dan mengetepikan seketika perasaan sedih itu demi menyelesaikan komitmen kerjaya seni yang sedang berjalan.
“Saya tidak tahulah, saya sangat sedih dengan pemergian ayah. Sekarang ini saya cuba yang terbaik untuk tolak tepi. Ia sangat sukar dan susah untuk saya.

Hubungan Erysha dan bapanya sangat rapat.






