MESKIPUN dilihat kerap bekerjasama dengan komposer dari Indonesia, penyanyi Ernie Zakri menegaskan dia sama sekali tidak pernah melupakan jasa dan peranan penggiat seni tempatan dalam perjalanan seninya.
Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, berkata, kerjayanya bermula di Malaysia dan sokongan peminat serta rakan industri tempatan menjadi tunjang utama kepada kejayaannya hari ini.
"Saya orang Malaysia dan kerjaya saya juga bermula di sini. Kerjasama dengan pihak luar itu hanya satu batu loncatan untuk terus berkembang.

Ernie tak pernah lupa asal usul.






