PERNAH berdepan situasi sama, penyanyi Ernie Zakri simpati dengan nasib rakan artis Aina Abdul yang ketika ini sedang menjadi sasaran kecaman di media sosial.
Yakin Aina kuat berdepan cabaran, Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, melihat penyanyi itu menjadi sasaran kerana namanya sedang meningkat dan menjadi perhatian.
“Aina mungkin menjadi sasaran sebab dia sedang bersinar dan terbang tinggi dalam kariernya.







