PENERBIT dan pengarah, Erma Fatima tidak mengetahui wujudnya sebarang perselisihan faham antara dua pelakon, Puteri Balqis dan Mia Sara Nasuha, ketika penggambaran drama suatu ketika dahulu.
Menurut Erma, 58, sepanjang berada di lokasi penggambaran, tumpuannya hanya diberikan kepada kualiti lakonan barisan pelakon dan bukan perkara yang berlaku di sebalik tabir.
"Saya memang tak tahu dari mana perkara itu tercetus. Rasanya tiada apa-apa yang berlaku di set ketika itu dan drama Akulah Balqis bukan puncanya.

Perbalahan Mia (kiri) dan Balqis jadi perhatian ramai.






