PELAKON Mierul Aiman percaya pihak pengurusan memainkan peranan penting dalam memastikan urusan bayaran dan perniagaan seseorang anak seni dapat dikendalikan dengan baik.
Mierul atau Muhammad Amirul Aiman Norazman, 27, berkata dia bersyukur mempunyai pihak pengurusan yang bertanggungjawab menguruskan kerjaya seninya termasuk urusan bayaran.
Kata Mierul, pihak pengurusan turut bertindak sebagai orang tengah dalam merangka strategi pemasaran bagi membantu perkembangan kerjayanya.







