PELAKON Adam Shahz mendedahkan bayaran tidak masuk akal yang ditawarkan oleh segelintir produksi menjadi punca dia memilih untuk tidak mengambil tawaran lakonan sejak lebih setahun lalu.
Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 46, berkata, dia ada menerima beberapa tawaran namun enggan menerima disebabkan kadar bayaran serendah RM300 sehari yang disifatkan menindas penggiat seni.
"Bagi saya tawaran itu ada, tetapi tidak menepati cita rasa. Contohnya dulu kita boleh dapat RM2,000 ke RM3,000 sehari kalau bayaran harian.

Adam tolak tawaran bayaran rendah.






