MINGGU Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2025 kembali menggamatkan ibu kota dengan pertunjukan fesyen gah selama tujuh hari bermula 4 hingga 10 Ogos ini.
Bertempat di Esplanade, Suria KLCC, acara berprestij itu menghimpunkan lebih 55 jenama dan pereka fesyen tempatan.
Antara pereka ternama yang mengambil bahagian tahun ini termasuklah Rizman Ruzaini, MimpiKita, Fiziwoo, Radzuan Radziwill, Hatta Dolmat, Syomir Izwa dan BEHATI, selain kemunculan pertama beberapa jenama seperti Teh Firdaus, HUNTILANAK dan MOKJY serta ramai lagi.







