ISTERI penyampai radio Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha selamat melahirkan anak pertama mereka pada Rabu.
Berkongsi berita gembira itu, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 37, meluahkan rasa syukur dengan kelahiran cahaya mata perempuan itu.
Malah Fizi memberitahu, isterinya bersalin secara secara normal dan bertarung nyawa selama enam jam.
Bertambah seorang wanita yang istimewa buat Fizi selepas timang cahaya mata perempuan.