PELAKON Datin Emylia Rosnaida memilih untuk tidak mengulas lanjut spekulasi kononnya dia menjadi punca kehancuran perkahwinan pertama pengacara dan pelakon Datuk AC Mizal sebelum ini.
Spekulasi dalam kalangan warga maya ini tercetus berikutan klip video temu bualnya dalam sebuah program audio siar yang tular di media sosial.
Ketika dihubungi mStar, Emylia atau Emylia Rosnaida Abdul Hamid, 50, hanya memberikan respons ringkas bagi mendapatkan reaksinya terhadap desas-desus netizen yang melabelnya sebagai ‘penyondol’ (perosak rumah tangga).







