PELAKON veteran Emma Akma meluahkan rasa rindu untuk kembali aktif dalam dunia lakonan selepas melalui pembedahan besar akibat masalah kesihatan lima tahun lalu.
Emma atau nama sebenarnya Noorakma Yunus, 57, berkata dia kini sudah kembali sihat dan mampu bekerja seperti biasa, namun ramai rakan industri masih belum mengetahui keadaan terkininya itu.
"Saya sudah sihat dan boleh berlakon. Nak berada di set penggambaran pun sudah boleh. Dulu memang tak boleh berdiri lama, kena baring tapi sekarang sudah boleh buat semua.
Emma sudah lihat seperti biasa.
Keadaan Emma sebelum pembedahan perut.



