PELAKON Datin Elvina Mohamad mengakui tidak mengetahui bahawa drama terbaharunya, Safira (Bukan Nama Sebenar) mengandungi babak panas ketika menerima tawaran menjayakan watak utama dalam karya tersebut.
Menurut Elvina atau Norzalina Mohamad, 30, dia hanya menerima skrip lima episod pertama dan tidak dimaklumkan mengenai adegan sensasi yang muncul kemudiannya.
“Ketika menerima tawaran drama ini, saya tidak tahu tentang babak-babak panas itu sebab skrip semuanya on going. Kami dapat skrip daripada lima episod pertama, bukannya keseluruhan cerita.






