HASRAT diluahkan bekas penyampai radio Kieran yang mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah menjentik hati penyanyi Elly Mazlein untuk menunaikan impian tersebut.
Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43, berkata, rezeki yang dikurniakan Allah SWT buatnya seharusnya dikongsi dengan rakan-rakan memerlukan apatah lagi Kieran pernah bekerja di stesen radio sama dengannya.
“Dengan rezeki diberikan ini apa salahnya saya membantu saudara sesama Islam. Kieran juga merupakan bekas penyampai radio Era tempat saya bekerja sekarang. Jadi mengapa tidak untuk saya bantu.
Elly harap impian Kieran tercapai.