PELAKON Ellie Suriaty menegur sikap segelintir netizen menggunakan gelaran ‘retis’ terhadap penggiat seni yang disifatkannya sebagai tidak wajar.
Ellie atau Ellie Suriaty Omar, 56, berpandangan gelaran tersebut merupakan satu penghinaan dan bentuk ejekan yang boleh menjatuhkan maruah artis.
Malah Ellie berkata panggilan itu seolah-olah memperlekehkan usaha serta sumbangan penggiat seni dalam industri kreatif.

Perkongsian Ellie di Instagram miliknya.






