Hiburan

“Ella tak nervous ke?”… Netizen ingatkan isu halal haram menjelang konsert mega di SNBJ

SEORANG pengguna di aplikasi Threads tampil menegur Ratu Rock Negara, Ella Aminuddin yang bakal mengadakan konsert berskala mega di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (SNBJ) pada 14 Februari ini supaya berhati-hati sebelum meneruskan acara itu.

Kerisauan yang dibangkitkan pengguna media sosial itu berhubung teguran secara terbuka yang dibuat seorang pempengaruh Islamik mengenai hukum halal dan haram konsert Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di lokasi sama baru-baru ini.

“Salam Ella, tak nervous ke nak buat konsert di SNBJ nanti? Sebab sekarang ini kecoh isu konsert haram dan aurat suara wanita. Lagi-lagi dah bergelar hajah dan konsert pun dalam bulan Syaaban (beberapa hari nak Ramadan) dan bakal pecah record Coldplay 100,000 penonton?

Antara luahan dan kata-kata semangat yang diberikan kepada Ella.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh