PELAKON Elisya Sandha mengakui dia mempunyai pendirian yang sama seperti kakaknya, Fasha Sandha, apabila berdepan dengan rakan artis yang kerap datang lewat ke lokasi penggambaran sehingga menjejaskan jadual kerja.
Kata Elisya atau Nur Elisya Sandha Hassan, 27, dia juga tidak akan berdiam diri sekiranya terpaksa menunggu terlalu lama di set kerana baginya, menghormati masa adalah perkara asas yang perlu dipatuhi oleh semua pihak.
"Saya juga ada karakter seperti kakak (Fasha) yang akan mengamuk dan bising di set kalau terpaksa menunggu lama. Tetapi orang faham kenapa saya begitu kerana saya menghormati masa mereka, jadi orang pun menghormati masa saya.

Elisya tegas apabila bercakap soal disiplin di set penggambaran.





