Hiburan

Elak buli siber, Viviana rayu jangan kecam peserta lain… Reda tersingkir suku akhir

BINTANG program reality Talk To My Manager 2 (TTMM2), Viviana memohon orang ramai agar tidak melakukan buli siber terhadap peserta lain selepas penyingkirannya pada peringkat suku akhir yang berlangsung pada malam Ahad.

Viviana, 20, berkata setiap peserta sudah memberikan komitmen dan usaha terbaik sepanjang pertandingan berlangsung .

"Saya cuma nak tekankan, janganlah membuli siber pada adik-adik, kakak, abang saya atau sesiapa sahaja dalam program ini. Ini semua adalah aturan Allah. Jangan bandingkan sesiapa sama ada daripada segi suara atau bakat.

Viviana reda tersingkir di minggu suku akhir TTMM2.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh