TAMPIL dengan lagu baharu berjudul Berjauh-an, penyanyi Aina Abdul memberitahu karya tersebut memberi satu cabaran besar buatnya.
Sebagai seorang penyanyi dan komposer, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 33, mahu hasil ciptaannya berbeza berbanding yang pernah dihasilkan sebelum ini.
Malah, dia juga mengambil langkah berani bereksperimen dengan genre yang tidak biasa dibawakan.

Lagu Berjauh-an memberi cabaran besar buat Aina.





