PELAKON dan penyanyi Eira Syazira menafikan dakwaan anak sulungnya iaitu Amarra Sofea Rose terlibat dengan gejala buli di sekolah.
Eira atau Syazira Sarimah Sakinah Almera Suhaimi, 41, berkata, dia dan suami yang juga penyampai radio, Azad Jasmin tidak terkesan apabila terdapat netizen mengaitkan nama mereka kerana perkara itu sama sekali tidak benar.
"Saya dan suami abaikan sahaja kerana tahu itu bukan anak kami. Saya baca komen-komen tapi nak buat macam mana. Saya hanya tersenyum kerana tak boleh buat apa-apa.

Eira anggap tuduhan dilemparkan sebagai fitnah.






