SEMPENA Hari Arafah, pelakon Eira Syazira menzahirkan doa penuh makna buat anaknya iaitu Amarra Sofea yang kini sedang bersaing di pentas program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).
Eira atau Syazira Sarimah Sakinah Almera Suhaimi, 42, mendoakan agar setiap kata-kata buruk dan hinaan yang dilemparkan kepada anaknya tidak menjadi beban, sebaliknya digantikan dengan kehebatan serta kejayaan luar biasa buat Amarra pada masa hadapan.
“Di hari yang penuh keberkatan dengan doa-doa mustajab ini, saya menitipkan doa semoga setiap kata-kata buruk, setiap hinaan dan kebencian kalian terhadap anakku akan Allah gantikan dengan segela kekuatan, kehebatan serta kejayaan luar biasa buat Amarra,” katanya.

Adzrin turut menafikan penyertaan Ammara (kanan) di TTMM2 menggunakan ‘kabel’.





