BAGAI bertemu harta karun, penyanyi dan komposer Edry Abdul Halim tidak menyangka terjumpa dengan beberapa album lama kumpulan KRU ketika berkunjung ke pusat beli-belah Amcorp Mall di Petaling Jaya pada Ahad.
Edry, 48, berkata, keputusan melangkah masuk ke sebuah kedai vintaj menemukannya dengan album KRU dalam bentuk kaset yang sudah tidak lagi dicetak.
Kata Edry, tanpa berfikir panjang dia membeli kesemua album tersebut iaitu reKRUed yang dilancarkan pada 1993, Awas (1994) dan Krumania (1997) untuk dibawa pulang ke Manchester, United Kingdom sebagai kenang-kenangan.

Edry tidak menyangka menjumpai album lama KRU.






