PENYANYI Edry Abdul Halim berkongsi keadaan terkini selepas dilaporkan pitam sejurus tamat konsert GenKRU The Finale: One More Time yang berlangsung pada malam Sabtu.
Kata Edry, 48, dia memberi sepenuh tenaga sepanjang menjayakan persembahan bersama anggota kumpulan KRU pada konsert berkenaan.
“Kami beri 100% tenaga hingga ke lagu terakhir, tapi sampai ke belakang pentas terus pitam dan kekejangan. Alhamdulillah ada pasukan kecemasan yang membantu memulihkan keadaan dengan segera,” katanya.

Edry memberi persembahan terbaik bersama anggota KRU.





