PELAWAK Shahrol Shiro meluahkan rasa bimbang mendengar keluhan rakan-rakan industri mengenai program komedi di televisyen yang semakin berkurangan.
Kata Shahrol, atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 41, ada di antara rakan-rakannya yang sudah meninggalkan kerjaya sebagai penghibur dan mula beralih bidang demi meneruskan kelangsungan hidup.
Namun, dia percaya industri komedi masih mempunyai harapan untuk kembali bangkit sekiranya pendekatan dan kandungan diubah mengikut kesesuaian selera penonton masa kini.

Shahrol sediakan beberapa cadangan yang membantu program komedi.





