Hiburan

Dunia hiburan berduka ‘Cik Man‘ sudah tiada, rakan artis kongsi kenangan… Kamarool Yusoff disenangi ramai

PEMERGIAN pelakon Kamarool Yusoff memberi kesan yang cukup mendalam buat peminat, termasuk rakan artis yang turut meluahkan rasa sedih selepas Allahyarham disahkan meninggal dunia pada petang Rabu.

Aktres Erra Fazira antara selebriti yang berkongsi rasa duka dan mengakui terkejut mendengar perkhabaran Kamarool atau mesra disapa Cik Man telah meninggal dunia.

“Terkejut dan turut bersedih dengan kehilangan ayahanda Cik Man. Baru beraksi bersama beliau beberapa bulan lalu,” kongsinya dalam satu hantaran di Instagram.

Erra berkongsi kenangan menjalani penggambaran bersama Cik Man.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh