SELEPAS lebih dua tahun berlarutan, pelakon Shakilla Khoriri berasa lega apabila dia selesai memberi keterangan dalam prosiding mahkamah melibatkan kes saman fitnah yang difailkan terhadap seorang individu.
Biarpun perlu berdepan dengan pelbagai prosedur di mahkamah, namun bagi Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 37, segala usaha yang dilakukan itu demi menuntut keadilan dan membuktikan dia berada di pihak yang benar.
“Drama sana sini, nak hadap macam-macam manusia sungguh memenatkan. Syukur semalam (Rabu) hari terakhir perbicaraan. Sekarang ini tunggu hujahan bertulis dan insya-Allah keputusan pada Januari 2027,” katanya.

Shakilla menuntut keadilan apabila ada yang bercakap buruk tentang dia dan suaminya.






