PELAKON Syanie Hisham mendedahkan dia sudah dua tahun tidak menerima sebarang tawaran lakonan daripada mana-mana produksi drama atau filem.
Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham, 52, berkata dia berasa sedih dan ralat memandangkan sudah lebih tiga dekad berkecimpung dalam industri seni tempatan.
Bagaimanapun, dia reda dan menerima hakikat trend industri hiburan kini yang lebih mengutamakan artis dengan jumlah pengikut yang besar di media sosial.

Syanie tidak pernah tinggalkan kerjaya seni.






