KEHADIRAN usahawan Datuk Seri Adnan Abu di program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) pada malam Ahad bagi memberikan sokongan kepada bekas isteri, Adira Suhaimi dan anak sulung mereka mencuri perhatian ramai.
Adnan atau mesra disapa Datuk Red,48, berkata kehadirannya itu adalah bagi menunaikan impian melihat Anggrek sendiri di atas pentas selain mengakui sangat bangga dengan pencapaian tersebut.
“Harini saya datang untuk bagi sokongan kepada anak saya iaitu Anggrek. Memang impian saya nak tengok anak saya. Alhamdulillah cemerlang hari ini. Tahniah Anggrek.

Datuk Red berkongsi perkara itu ketika ditemui mStar.






