BERDEPAN masalah kesihatan sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital selama hampir dua minggu memberi satu tamparan hebat buat pelawak Amir Raja Lawak.
Reda menerima ujian tersebut, Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 37, berkata apa yang dilalui kini juga menjadi peringatan untuk dia sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan.
“Situasi yang berlaku ini buat saya banyak berfikir, hidup kita kena bersedia, terutama dari segi kewangan. Apa yang saya lalui dua minggu ini terjadi dengan tiba-tiba. Saya ingatkan demam atau serangan asma biasa.

Amir kini masih menerima rawatan di hospital.





