Hiburan

“Dua jam berdiri kerana sesak nafas” – Pengurus kongsi perkembangan terkini suami Amyza Aznan

SUAMI kepada pelakon Amyza Aznan, Khairil Izhar Mohd Nazir kini masih dalam keadaan tidak stabil selepas ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah kesihatan yang dialaminya.

Pengurus Amyza, Farid Khaled berkata, Khairil, 51, ditidurkan selepas mengalami masalah paru-paru dipenuhi air yang dipercayai berpunca daripada tekanan darah tinggi dan serangan jantung.

Menurutnya, keadaan itu berlaku pada malam Sabtu apabila Khairil mengalami sesak nafas yang teruk sehingga terpaksa berdiri selama kira-kira dua jam kerana hanya posisi berkenaan membuatkannya berasa lebih selesa.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh