Hiburan

Dua dekad terpisah, akhirnya bertemu… Putri Jannah sebak dapat jumpa abang kandung pemain bola sepak

PELAKON Putri Jannah sebak apabila buat kali pertama dapat bertentang mata dengan abang (sebapa) selepas hampir dua dekad terpisah tanpa sebarang komunikasi.

Momen penuh emosi yang berlaku pada 31 Ogos lalu itu disifatkan sebagai ‘kemerdekaan sebenar’ dalam hidupnya apabila Putri atau nama sebenarnya Putri Syahadah Nurjannah Izwandy, 21, dapat bertemu lelaki yang selama ini hanya dikenalinya melalui sekeping foto lama.

Difahamkan, abang Putri merupakan pemain bola sepak pasukan KL City FC, Izreen Izwandy yang hadir membawa khabar gembira apabila menjemput Putri dan ahli keluarganya ke majlis perkahwinanya.

Momen kali pertama Putri (kiri) bertemu Izreen.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh