SUDAH jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib dummer kumpulan Success iaitu Eddy yang berdepan ujian hidup apabila rumah pusaka milik keluarganya di Kota Bharu, Kelantan dilelong pihak bank tahun lalu.
Eddy atau Roshamidi Halim, 51, berkata dia sudah cuba mempertahankan satu-satunya harta peninggalan arwah ibunya, namun hampa apabila pemilik baharu enggan memberi kerjasama sehingga dia terpaksa meninggalkan kediaman tersebut dengan kadar segera.
“Rumah pusaka itu nilainya tinggi sebab miliki tanah seluas suku ekar dan sebuah banglo yang mempunyai lebih 12 bilik, dapur, ruang makan, bilik tetamu dan sebuah dewan. Nilai pasaran rumah itu dianggarkan hampir RM2 juta.

Eddy bersama tiga anak dan isterinya.






