TIDAK menunggu lama, pelakon Puteri Balqis tampil membalas kenyataan Janna Nick dan menafikan dakwaan ibunya pernah bercakap buruk tentang aktres itu sebelum ini.
Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish berkata, kenyataan tersebut adalah dikeluarkan oleh bapa kandungnya yang menyebarkan cerita dalam kalangan produksi.
“Bukan ibu saya yang menulis tentang awak. Saya dan ibu tahu tentang itu dan ia adalah perbuatan bekas suaminya yang mesej selebriti secara peribadi tentang awak. Bukan dalam group,” katanya.

Aqish dan Janna saling berbalas kenyataan.






