Hiburan

Drama belum tayang, netizen dah mula meluat aksi mesra Yusuf Bahrin dan Nelydia Senrose… “Hajah tapi berlakon pegang-pegang lagi ya?”

VIDEO tular memaparkan pelakon Nelydia Senrose bersama aktor Yusuf Bahrin mencetuskan kemarahan netizen apabila kedua-duanya didakwa terlalu mesra dan gagal menjaga batas walaupun masing-masing sudah mendirikan rumah tangga.

Lebih mengejutkan, ramai netizen menyelar sikap Nelydia atau Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 31, yang sudah bergelar hajah, namun masih berpelukan dan bersentuhan dengan Yusuf dalam klip video berdurasi satu minit yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @dramacintakita pada Jumaat.

Rakaman tersebut memperlihatkan mereka bergelak ketawa, bergurau manja selain didakwa tidak menjaga batas sewaktu menjayakan video promosi drama Seindah Hujan Cinta yang akan mula ditayangkan di sebuah platform penstriman bermula Isnin ini.

Yusuf dan Nelydia dilihat mesra dalam klip promo drama mereka.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh