BEKAS isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, mengakui dirinya kini berasa seolah-olah ‘dipenjara’ selagi kes komital yang difailkan oleh bekas suaminya itu masih belum menemui titik penyelesaian.
Dr Afifah atau lebih mesra disapa Dr Fie, 36, berkata situasi berkenaan menyebabkan dia sentiasa berasa takut dan perlu berhati-hati dalam setiap tindakannya, selain merasakan dirinya sedang diperhatikan.
Malah, perasaan gementar itu semakin kuat apabila dia memikirkan bakal disoal sebanyak 120 soalan dalam prosiding berkenaan.







