Hiburan

Dr Fie bakal ambil tindakan undang-undang, Nubhan tiada hak pecah masuk rumah… Bakal buat laporan polis esok!

PEGUAM syarie yang mewakili Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan anak guamnya akan memfailkan tindakan sivil terhadap bekas suami iaitu penyanyi Nubhan Ahmad susulan dakwaan memecah masuk kediaman dan mengeluarkan barangan tanpa kebenaran.

Menurut Akberdin, tindakan berkenaan jelas melanggar peruntukan undang-undang Seksyen 7 dan 8 Akta Relief Spesifik yang melarang mana-mana pihak termasuk pemilik harta untuk memasuki atau mengambil alih harta tak alih tanpa perintah mahkamah.

"Dr Fie akan ambil tindakan sivil untuk ganti rugi kerana dia (Nubhan) melanggar undang-undang. Dia tak boleh suka-suka pecah masuk atau keluarkan barang tanpa kebenaran walaupun rumah itu secara jelas miliknya.

Dr Afifah dakwa Nubhan bertindak tanpa persetujuan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh