BEKAS isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek tampil memberikan penjelasan susulan kontroversi pembantu rumah didakwa mencium anak lelakinya di bibir ketika berada di hospital baru-baru ini.
Dr Afifah berkata, tindakannya berkongsi perkara tersebut bukan bertujuan mencetuskan salah faham, sebaliknya bimbang dengan tahap kesihatan anaknya yang ketika itu sedang mengalami jangkitan paru-paru.
Katanya, perkongsian yang dibuat sebelum ini hanyalah luahan perasaan spontan apabila melihat situasi tersebut berlaku di hadapannya.







