KETIADAAN bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya ketika menjayakan konsert Dolla Re:Birth The Experience pada 3 Ogos lalu sedikit sebanyak memberi kesan.
Salah seorang anggota iaitu Sabronzo meluahkan rasa sedih kerana mengenangkan Syasya juga sebahagian besar dari perjalanan seni kumpulan tersebut.
Meskipun Syasya sudah tidak lagi bersama mereka, Sabronzo berharap bekas anggota itu tetap bangga melihat pencapaian diraih Dolla.

Dolla ditemui ketika sesi temu ramah pada Selasa.






