SELEPAS dua minggu dimasukkan ke hospital, pelakon Zara Zya akan menjalani pembedahan bagi membuang sista atau cyst dan fibroid pada pagi Jumaat.
Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 39, berkata, tidak hanya itu dia juga akan memulakan rawatan bagi merawat sakit pada bahagian tulang belakang atau sindrom lumbar facet.
Jelas Zara, pada awalnya dia datang ke hospital bagi melakukan pemeriksaan penyakit arthritis namun doktor mengesahkan terdapat beberapa masalah kesihatan lain dihadapinya.
Zara sudah dua minggu menerima rawatan di hospital.