TIADA lagi rahsia, lelaki dipercayai kekasih pelakon Tiz Zaqyah akhirnya berkongsi foto bersama aktres itu secara terbuka di media sosial.
Individu yang dikenali sebagai Nas Amer itu menerusi perkongsian di Instagram miliknya memohon orang ramai agar mendoakan segala urusannya bersama Tiz dipermudahkan.
“Assalamualaikum, doakan kami semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin,” katanya.

Tiz (kiri) bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.





