PENYANYI dan pengacara Sissy Imann meluahkan rasa syukur apabila doa yang dipohon semasa Hari Arafah tahun lalu sudah dimakbulkan oleh Allah SWT.
Menurut Sissy, 30, dia pernah berdoa agar dipertemukan dengan jodoh terbaik buat dirinya dan kini impian itu menjadi kenyataan apabila sudah bergelar isteri pada tahun ini.
Katanya, ketika itu dia masih belum mempunyai calon sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.
Sissy syukur doanya dimakbulkan.

Sissy dan suaminya Dr Zamri.



