PELAKON Datuk Rosyam Nor tidak mengambil hati terhadap kecaman yang diterima susulan dakwaan cara penyampaiannya yang agak kasar ketika mengendalikan podcast Hitam Putih Kehidupan menerusi sesi temu bual bersama aktres veteran, Mak Jah.
Menurut Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin, 59, kebanyakan individu yang mengkritik sebenarnya tidak menonton keseluruhan kandungan podcast tersebut.
Katanya, dia tidak melihat komen negatif tersebut sebagai satu kesalahan besar, malah menyedari sepenuhnya pendekatan yang digunakan dalam mengendalikan program berkenaan.

Rosyam menerima kritikan secara terbuka.






