PELAKON Fazura hilang sabar apabila membaca komen seorang pengguna Instagram yang mendakwa dia masih berdendam terhadap bekas suaminya iaitu aktor Fattah Amin.
Berang dengan dakwaan tersebut, Fazura memberitahu dia tidak akan memaafkan individu terbabit yang tergamak melemparkan fitnah berkenaan.
“Ingat! Saya tidak maafkan sepatah pun fitnah dan cercaan awak ini kepada saya di dunia dan akhirat,” katanya menerusi hantaran di InstaStory pada Selasa.

Fazura berkongsi perkara itu menerusi hantaran InstaStory pada Selasa.





