SELEPAS menerima pelbagai tuduhan dan kecaman di media sosial, pelakon Puteri Balqis akhirnya tampil menjelaskan status dua jejaka yang sering dilihat bersamanya.
Balqis atau lebih mesra disapa Aqish berkata, lelaki yang dikenali sebagai Faris merupakan bapa tirinya, manakala seorang lagi lelaki bernama Didi adalah tunangnya.
“Faris adalah ayah tiri saya, tapi saya tak suka panggil dia ayah tiri. Dia ialah insan yang melangkah ke hadapan sebagai seorang bapa. Dan ini pula, Didi tunang saya,” katanya.

Antara perkongsian Aqish mengenai keluarganya.






