PELAKON Janna Nick tampil membela diri susulan dakwaan kononnya dia mencipta akaun palsu di aplikasi Thread bagi membuat aduan terhadap seorang kru penerbangan.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 31, menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan dia kini berada di Jepun, bukannya di United Kingdom (UK) seperti yang didakwa.
“Wei aku dekat Jepun ini. Dari 13 hari bulan aku dah gerak ke China. Macam mana pula boleh create akaun palsu dari UK?

Janna anggap tuduhan tersebut tak berasas.





