DITEGUR kerana tidak mengajar anak berusia dua tahun cara makan yang betul mengikut adab dan tertib seorang Muslim, personaliti media sosial Maryam You Narae tampil membalas komen ditinggalkan netizen itu.
Tenang menjawab komen individu berkenaan, Maryam, 32, dalam nada sindiran memberitahu dia tidak mengetahui tentang perkara itu dan berjanji akan mengajar anaknya iaitu Rina cara makan yang betul.
“Saya tak tahulah, mungkin awak makan dengan cara yang betul seperti seorang Muslim ketika berusia dua tahun enam bulan… Baguslah.
Mariam membalas komen tersebut menerusi hantaran di TikTok.