PELAKON Kamal Adli menjelaskan perkongsiannya di aplikasi Threads yang menyentuh mengenai kesunyian adalah disebabkan jiwa yang berasa kosong dan bukanlah berpunca isu keluarga atau hal-hal lain.
Bersendirian ketika berdepan situasi itu mendorong Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, meluahkan perkara tersebut di platform berkenaan.
“Dia bukanlah sunyi (yang biasa), tapi hari itu tiba-tiba benda itu menyerang. Ia bukan masalah keresahan, tetapi ketika itu tiba-tiba datang rasa macam sunyi teruk dan tidak ada orang yang saya nak borak.

Luahan Kamal tentang rasa sunyi.






